Aku ingat..keadaan aku jadi bergini sebab dari kecil aku hanya diajar gunakan apa yang aku ada sahaja…kalau lebih pasti aku kena marah dengan ibu dan dia akan pulangkan…
Sejak itu aku hanya guna wang apa yang di berikan..jika tidak cukup..aku kena belajar untuk cari sendiri..sepanjang hidup aku..aku hanya pernah pergi rombongan sekolah sekali je..itupun ke kuala lumpur…tapi tulah yang terakhir sebab…aku dengar..aku mebazirkan duit ikut rombongan….sedih aku hari tu…sejak tu aku tidak eprnah ikut rombongan…
Berbeza dengan adik-adikku yang lain…tidak apelah…aku terima..sebab aku nie tidak pandai jaga hati mereka..
Ikutkan duit belanja sekolah tidak cukup…aku jarang makan di sekolah..klau nak makan mewah..kenalah roket duit kat rumah…nak tidak aku…tapi aku hanya roket duit kat rumah sahaja tidak pernah roket duit orang.
Waktu zaman sekolah rendah aku pernah jual kuih waktu pergi sekolah petang…sbb aku kena cari duit..kalau tidak kuranglah duit belanja aku..duit tu ibu ambil duit modal sahaja..untuk masuk tabung aku..bolehlah hidup mewah sikit..untuk aku jelah…hahaha
Sebab tulah kalau aku nak duit..aku kena cari sendiri..aku tak pernah nak minta kat orang jika aku boleh berdikari
Pernah sekali tu untuk gi kelas tusyen free aku sanggup ikut kelas PPRT..janji aku tidak bayar ape2 pun…inagtlagi aku jalan kaki ikut jalan dalam dekat 2km lebih jugaklah dari sekolah menengah ke sekolah rendah untuk ikut class tuisyen free tu…jalan kaki sebab tak ada duit nak naik bus..sebab duit belanja cukup untuk makan dan balik rumah je…